tasawur islam udi 3052

Posted on Ogos 13, 2008 in by gmea

(FARDHU AIN) KEPENTINGAN ILMU DAN HUKUM MEMPELAJARINYA.

1.Definisi Ilmu

Dari segi Bahasa : Berasal dari perkataan Arab “Alima” yang bererti  mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu  dengan sebenarnya.

Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu pada hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.

Ilmu dari segi Istilah : Segala pengatahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Sunnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan.

Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah menyatakan:

“ilmu ialah memindahkan gambaran yang diketahui dari kenyataan alam luar kemudian ditetapkannya (dimasukkan hingga tetap) ke dalam diri, sedangkan amal adalah memindahkan (mewujudkan) gambaran ilmiah dari arah dalam diri, kemudian dituangkan dalam alam nyata.

Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Islam dan menduduki tempat yang tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Penekanan kepada pembacaan sebagai aset terpenting dalam usaha menimba keilmuan dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia sebagaimana wahyu yang terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.

Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat maka akan binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamadun.

Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di antaranya ialah:

“Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.” (ali-Imran: 18)
Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah s.w.t. telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.

Allah berfirman pula:

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” [QS. an-Nahl : 43]

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan. ” (az-Zumar: 9)

“Hanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. ” (Fatir: 28)Adapun Hadis-hadis yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak juga, seperti:

” Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya”

“Para ulama itu adalah warisan para Nabi”.
Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu.”
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menentukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya:

“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Kelebihan seorang alim atas seorang ‘abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-bintang. ”
Di antara wasiat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah;

Wahai anakku! Pergauilah para alim-ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

2. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير

Maksudnya; “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألب

Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian.ilmu perisian komputer, ilmu teknologi maklumat dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

3-Pembahagian Ilmu

Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa segi iaitu :

a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )

i) Ilmu Fardhu Ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajib atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan.

Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajib ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka.

b) Dari segi hubungannya dengan Syariat.

i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :

a. Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma’ ata peninggalan        sahabat.

b. Ilmu Furu’ : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan sebagainya.

c. Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab.

d. Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid,  Tafsir dan sebagainya.

ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :

a. Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya : Matematik, Sains Ekonomi , Pertanian dsb.

b. Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.

c)  Dari segi Cara Memperolehinya

i. Ilmu kasbi : Ilmu yang dieperolehi dariapda usaha aiatu melalui proses pembelajaran. Contohnya : Ilmusains, Matematik dan sebagainya.

ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.

d) Dari segi Sumber :

i. Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik,     Sains dan sebagainya.

ii, Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau Hadith.


4 Sumber-Sumber Ilmu

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulnag. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matathari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak bersifat  kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.

4. Intuisi atau Ilham.

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah “firasat” atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

5. HUKUM MEMPELAJARI ILMU.

Berkata al-Hassan r.a.:

” Kalaulah tidak kerana para ulama, nescayalah manusia sekaliannya sama seperti binatang.”
Maksudnya dengan adanya para ulama yang mengajar manusia terkeluarlah mereka dari peringkat-peringkat kebinatangan dan memasuki peringkat kemanusiaan.

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim.”

Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ‘ain itu, ialah ilmu pengetahuan yang bakal mengenalkan asas tauhid (MengEsakan Allah) yang dengannya pula dapat diketahui Zat Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya.

Termasuk fardhu ‘ain juga ilmu pengetahuan yang dengannya dapat dituntut cara-cara beribadat,dibedakan antara yang halal dan yang haram, dan mana satu yang dilarang oleh agama, dan mana yang pula yang dibolehkan dalam urusan agama, dan mana pula yang dibolehkan dalam urusan hidup sehari-hari.

6. ILMU FARDU AIN DAN KIFAYAH.

BERDASARKAN ajaran al-Quran dan Sunnah, pada umumnnya ada dua kewajipan utama
bagi umat Islam mukalaf (dewasa dan berakal) laksanakan iaitu ibadah fardu ain
dan fardu kifayah.

Fardu ain, ibadah yang pada prinsipnya boleh dilaksanakan sendiri oleh setiap
orang Islam seperti digariskan dalam Rukun Iman dan Rukun Islam.

Fardu ain lebih utama daripada fardu kifayah kerana fardu ain, tanggungjawab
individu dan tidak boleh menggantikannya kepada orang lain.

Tuntutan fardu ain adalah ibadah akar umbi bagi menguatkan keimanan umat Islam
ke arah menjalankan tugas atau ibadah yang lebih luas kepada agama, masyarakat
dan negara. Sebahagian besar fuqaha berpendapat fardu bermakna wajib
berdasarkan dalil dalam al-Quran, sunnah, ijma dan qias.

Fardu kifayah pula, ibadah yang pada prinsipnya untuk manfaat orang ramai atau
ibadah yang sukar dilaksanakan secara individu kerana memerlukan ilmu,
kemahiran atau membabitkan kos tinggi.

Dalam kitab fiqh, contoh ibadah fardu kifayah seperti menjawab salam,
menziarah orang sakit, menguruskan jenazah, mendirikan solat jenazah,
berjihad, menerbitkan tafsir al-Quran, hadis dan ijtihad.

Hukum Islam menetapkan, memadai jika fardu kifayah itu dilaksanakan
sekurang-kurangnya seorang atau sekumpulan saja, maka umat Islam di sesuatu
kariah atau kelompok berkenaan terlepas daripada memikul dosa.

Sekali imbas berdasarkan contoh itu, konsep fardu kifayah berkisar kepada
perkara yang berkaitan dengan agama saja.

Bagaimanapun, kalau kita perhatikan semangat dan kekuatan daripada contoh
ibadah yang diberikan oleh fuqaha, didapati konsep fardu kifayah merujuk
kepada tanggungjawab ibadah secara jemaah ke arah memenuhi tanggungjawab
sosial dan penghayatan ajaran Islam menyeluruh.

Ini bermakna konsep fardu kifayah luas dan tidak berkisar kepada ibadah atau
pekerjaan yang bersifat keagamaan semata-mata.

Oleh yang demikian, bidang pertanian, perundangan, pendidikan, kesihatan,
perikanan, pengangkutan, ilmu sains dan teknologi, kesenian dan isu
tanggungjawab sosial yang membawa keseiahteraan kepada agama, masyarakat dan
negara adalah tuntutan fardu kifayah.

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah memerintahkan, hendaklah ada
sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan kebajikan, kebaikan
dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah (ali-Imran: 104).

Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda, “bahawa Allah, malaikat serta
seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di darat dan ikan di laut
mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi perkhidmatan yang
berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).

Ajaran Islam lebih mudah berkembang dan tersebar dengan pembabitan secara
berjemaah.Setiap individu mempunyal tanggungjawab bersama bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah.




Post a comment